Friday, July 18, 2014
Wednesday, July 16, 2014
Sunday, June 29, 2014
PROGRAM MENTOR MENTEE
Program Mentor Mentee dijalankan sepanjang tahun bermula bulan Januari sehingga bulan Oktober. Program ini telah banyak memberikan pelbagai manfaaat kususnya terhadap peningkatan prestasi akademik pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Melalui program ini para pelajar dapat berkongsi pelbagai masalah yang dihadapi khususnya dalam bidang akademik dengan mentor masing-masing. Saranan dan nasihat yang disampaikan mampu membakar semangat para pelajar untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Berikut merupakan antara peranan mentor dan mentee.
PERANAN MENTOR
1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya
untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
PERANAN MENTEE
Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:
1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
PENILAIAN
1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan Mentee.
2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.
3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.
Subscribe to:
Posts (Atom)