Asrama harian SMK Panglima Bukit Gantang (ASHPAN)
mempunyai keunikan tersendiri. Bermula dengan konsep ‘rumah haram’ iaitu
bangunan tinggalan rumah pekerja, ia dihuni oleh para pelajar tingkatan enam.
Pengambilan penghuni asrama bermula pada tahun 1980. Pelajar puteri yang
terpilih ditempatkan di sebuah bangunan belia yang terletak di kawasan pekan
lama Parit Buntar (tapak MDK sekarang). Hanya setelah bangunan asrama siap
dibina pada tahun 1981, para pelajar putera turut diambil sebagai penghuni
asrama.
Asrama ini diwujudkan bagi menyediakan kemudahan
perkhidmatan penempatan kepada pelajar luar bandar bagi tujuan mengatasi
masalah kehadiran mereka ke sekolah. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada
pelajar menggunakan segala kesempatan dan kemudahan belajar secara terancang
dan terkawal. Malah kehidupan di asrama juga dapat membimbing dan memupuk
pelajar agar hidup berdikari, memajukan diri dan mengembangkan potensi diri
sejajar dengan tuntutan dan keperluan semasa.
|
Monday, June 23, 2014
SEJARAH ASHPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment