Sunday, June 29, 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee dijalankan sepanjang tahun bermula bulan Januari sehingga bulan Oktober. Program ini telah banyak memberikan pelbagai manfaaat kususnya terhadap peningkatan prestasi akademik pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Melalui program ini para pelajar dapat berkongsi pelbagai masalah yang dihadapi khususnya dalam bidang akademik dengan mentor masing-masing. Saranan dan nasihat yang disampaikan mampu membakar semangat para pelajar untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Berikut merupakan antara peranan mentor dan mentee.

PERANAN MENTOR

1.   Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
      supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.

2.   Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
      keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

3.   Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
      Mentee.

4.   Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya
      untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
      Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
      pelajaran.

5.   Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
      program.

6.   Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.


PERANAN MENTEE

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1.   Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.

2.   Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
      percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.

3   Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.

4.   Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
      hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

5.   Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
      memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.


PENILAIAN

1.   Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian dan 
      peperiksaan Mentee.

2.   Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
      bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.

3.   Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.








Monday, June 23, 2014

PROGRAM DAN AKTIVITI ASHPAN

PROGRAM DAN AKTIVITI ASHPAN

AKADEMIK
Ø  Kelas Bimbingan Berjadual
Ø  Seminar Motivasi Pelajar
Ø  Bengkel Kemahiran Belajar
Ø  Teknik Menjawab Soalan
Ø  Anugerah Pencapaian Akademik Pelajar

KOKURIKULUM
Ø  Hari koASHPAN
Ø  Sukaneka Bersama Mentor

AGAMA/PENDIDIKAN MORAL
Ø  Kelas Fardhu Ain
Ø  Qiamulail
Ø  Minggu Agama
Ø  Penghayatan Bulan Ramadhan
Ø  Khatam Al-Quran
Ø  Tilawah
Ø  Memasak Bubur Asyura
Ø  Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Ø  Sambutan Hari Kebesaran Islam
·         Maal Hijrah
·         Maulidur Rasul
·         Israk Mikraj
·         Hari Raya Aidilfitri

SOSIAL
Ø  Program Suai Kenal Asrama
Ø  Program Penyayang
Ø  Hari Terbuka Asrama
Ø  Sambutan Ambang Kemerdekaan
Ø  Khidmat Masyarakat
Ø  Lawatan / Interaksi antara Asrama
ØPerkhemahan Jati Diri ASHPAN




SAHSIAH
Ø  Khidmat Kaunseling secara Individu dan Kelompok
Ø  Pembimbing Rakan Sebaya
Ø  Kursus Motivasi Sahsiah
Ø  Kursus Kepimpinan
Ø  Mentor Mentee












KECEMERLANGAN ASHPAN 2005-2013

KECEMERLANGAN ASHPAN 2005-2013

2005 (BITARA 2005)
  • Lonjakan Saujana Pencapaian Akademik Asrama SPM 2004 (Peringkat Negeri Perak)
  •  Cemerlang Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti Asrama (Peringkat Negeri Perak)
  • Tokoh Penyelia Asrama Cemerlang
  • (Peringkat Negeri Perak)
2006 (KARNIVAL ASRAMA NEGERI PERAK)

 - Naib Johan Bahas Bahasa Melayu

2007 (KARNIVAL ASRAMA ZON 1)
- Johan Bahas Bahasa Melayu
- Naib Johan Bola Tampar
- Naib Johan Sepak Takraw
- Naib Johan Nyanyian
- Solo Irama Malaysia










2007 (ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT NEGERI)
Ø  Cemerlang Pengurusan Fizikal Asrama
Ø  Cemerlang Pengurusan Keceriaan Asrama
Ø  Cemerlang Pengurusan Pentadbiran Asrama
Ø  Tokoh Pelajar Asrama Sekolah Menengah Atas (Puteri)
Ø  Anugerah Juara Asrama Bitara, Asrama Cemerlang

KARNIVAL ASRAMA NEGERI PERAK
Ø  Johan Pidato Bahasa Inggeris

 KARNIVAL ASRAMA ZON 1
Ø  Johan Pidato Bahasa Inggeris
Ø  Naib Johan Bola Tampar ( Lelaki )
Ø  Naib Johan Sepak Takraw
Ø  Tempat ke-3 Pertandingan Nasyid
Ø  Tempat ke-3 Tarian Zapin
Ø  Tempat ke-3 Pertandingan Choral Speaking

2008
Ø  Anugerah Pengekalan Kecemerlangan 
         Peringkat Negeri Perak

2013
Ø  Anugerah Asrama Terbilang Daerah Kerian
Ø  Anugerah Asrama Terbilang Negeri Perak










AJK ASRAMA

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA

Pengerusi
Tuan Haji Mohd Sa’ad bin Hashim
Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Omar bin Saiddin
Naib Pengerusi I
Puan Hajah S. Ruhana binti Mohd Nor
Naib Pengerusi II
Puan Hajah Junaidah binti Nayan 
Naib Pengerusi III
Puan Saarimah binti Lin





Naib Pengerusi IV
Tuan Haji Ibrahim bin Abdul

Ketua Warden
Cik Fahiza binti Abdul Wahab
Warden 1 : Encik Mohd Rahimi bin Zainal
Warden 2 : Puan Suraya binti Samsudin
Kaunselor 1 : Encik Azuan bin Aminuddin
Kaunselor 2 : Puan Nurul Islah bin Abd Wahid
Penyelia Asrama : Puan Siti Ishah binti Abd. Rahman
Pembantu Am Pejabat
Encik Muhammad Zainal Azran bin Zainal Abidin

AJK
1.      Cik Wan Zurina binti Megat Yusuf
2.     Tuan Haji Zainal bin Saparin @ Abd Rahman
3.     Puan Rahmah binti Md Isa
4.     Puan Hajah Zauyah binti Ramli
5.     Puan Nazahia binti Shamsudin
6.     Puan Sarimah binti Mohamed Rashid
7.     Puan Roslina binti Abdul Muthalib
8.     Puan Hajah Norliza binti Haji Sajat
9.     Puan Salma binti Wahab
10.   Puan Nor Salina binti Che Mat
11.    Puan Mazura binti Hazin
12.   Puan Normadiah binti Mahaboor
13.   Encik Noorhafiez bin Saidin
14.   Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah

KEMUDAHAN FIZIKAL

KEMUDAHAN FIZIKAL

  1. Bangunan Aspura dan Aspuri
  2. Dewan makan
  3. Dua buah rumah warden
  4. Bilik rehat setiap bilik
  5. Bilik sakit setiap blok
  6. Bilik bacaan setiap blok
  7. Tujuh buah pondok ilmu
  8. Surau
  9. Pejabat Warden
  10. Pejabat Asrama
  11. Astaka
  12. Kawasan riadah dan rehat bagi penghuni dan pelawat

SEJARAH ASHPAN



Asrama harian SMK Panglima Bukit Gantang (ASHPAN) mempunyai keunikan tersendiri. Bermula dengan konsep ‘rumah haram’ iaitu bangunan tinggalan rumah pekerja, ia dihuni oleh para pelajar tingkatan enam. Pengambilan penghuni asrama bermula pada tahun 1980. Pelajar puteri yang terpilih ditempatkan di sebuah bangunan belia yang terletak di kawasan pekan lama Parit Buntar (tapak MDK sekarang). Hanya setelah bangunan asrama siap dibina pada tahun 1981, para pelajar putera turut diambil sebagai penghuni asrama.
Asrama ini diwujudkan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan penempatan kepada pelajar luar bandar bagi tujuan mengatasi masalah kehadiran mereka ke sekolah. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar menggunakan segala kesempatan dan kemudahan belajar secara terancang dan terkawal. Malah kehidupan di asrama juga dapat membimbing dan memupuk pelajar agar hidup berdikari, memajukan diri dan mengembangkan potensi diri sejajar dengan tuntutan dan keperluan semasa.

MOTO ASHPAN


CERIA CEMERLANG HARMONIS

VISI ASHPAN



MENJADI SEBUAH ASRAMA CONTOH YANG CERIA, CEMERLANG DAN HARMONIS
( TERBILANG MENJELANG 2014 )